wordpress y2014 m10 d21 h10 single s-y2013 s-m12 s-d28 s-h06 s-category-life s-author-irwan">
Skip to content

Pengalaman Membeli Rumah Sub-Sale

Info Rumah
Lokasi: Cyberjaya
Jenis rumah: Townhouse
Harga: Rahsia (kalau nak tau, kena jumpa secara peribadi/in-person)
Tuan punya rumah: Takamal Jaya Sdn Bhd, anak syarikat Emkay Sdn Bhd

Kronologi

  • 02-Disember-2013: Contact ejen dan minta buat appointment untuk tengok rumah
  • 03-Disember-2013: Berjumpa dengan salesman dan tengok rumah. Borak-borak apa yang patut dan tanya pasal rumah
  • 04-Disember-2013: Contact salesman dan minta beberapa penjelasan, salesman suruh hantar LOI (letter of intent).
    • 3.19pm hantar email untuk mintak quotation
    • 5.20pm dah dapat jawapan.
    • 5.59pm reply email, mintak bagi diskaun lagi & turunkan harga. Dalam emel ni, saya nyatakan beberapa point kenapa perlu diberikan lebih diskaun
  • 05-Disember-2013: Dapat so-called harga tawaran terakhir
  • 06-Disember-2013 Buat lawatan ke rumah sebenar. Mula-mula sampai takde orang, so pergilah lepak minum dengan salesman ni dulu. Dalam 6.30pm, barulah dapat tengok rumah.
  • 12-Disember-2013: Hantar emel lagi, minta harga tawaran diturunkan.
  • 17-Disember-2013: Salesman follow-up, tanya berapa harga yang saya mahu.
  • 18-Disember-2013: Salesman bagitau yang boss dia tak approve dengan harga yang saya nak.
  • 19-Disember-2013: Ejen asal telefon tanya tentang status. Saya beritahu yang saya belum keputusan kerana nak berfikir lebih lanjut.
  • 23-Disember-2013: Beritahu salesman yang saya bersetuju dengan harga tawaran terakhir
  • 24-Disember-2013: Terima offer letter dan buat pembayaran deposit 2%
  • 26-Disember-2013: Pegawai Bank follow-up tanya bila boleh bagi dokumen. Saya bagitau yang dokumen yang dipinta tu saya boleh bagi on the spot tapi perlukan lebih masa untuk isi application form. Yang best nya, pegawai ni offer untuk tolong isikan. Dia call dan tanya beberapa detail. Saya cuma perlu hantar mukasurat terakhir iaitu bahagian yang saya kene turunkan tandatangan
  • 27-Disember-2013: Hantar application form ke Bank Muamalat cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman. Petang tu call sorang lagi lawyer, tanya pasal SPA – dapatlah quotation secara lisan

Comment(s) via Facebook

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *